Social Icons

SMILE... It irritates the ones who want to destroy you!!!........

Wednesday 4 December 2013

MARI BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI KUANTAN & NEGERI2 LAIN YANG DILANDA BANJIR


Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi peluang sehari lagi utk bernafas.. dengan selesa.. 
Tidak seperti saudara2 kita di Kuantan.. sedih bila dapat tahu hampir 20 keluarga tidur dalam keadaan lapar malam tadi di kala kita semua sedang nyenyak tidur.. 
Mangsa bencana di luar negara, Malaysialah yang pertama sampai menghulurkan bantuan..
tetapi kenapa itu tidak berlaku di negara sendiri.. sedih.. berita pn hanya mengeluarkan sedikit sahaja berita tentang banjir yang melanda.. sedangkan mereka bertarung nyawa di luar sana..
mudah2an Allah permudahkan segala urusan mereka di sana.. ameen..

BERIKUT ADALAH KOMPILASI LAPORAN DARI SUKARELAWAN YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN

Bekalan makanan terputus di Kuantan. Kasihan melihat kanak2 kelaparan. Baby xcukup makanan. Warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan tak menang tangan. Tempat penempatan mangsa banjir pun dinaiki air.

Tiada alternative selain terpaksa bertahan dalam air. Kasihan pd baby & warga emas lah...

Suasana gelap & sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pun kurang. Kami yg jd sukarelawan ni, petang tadi baru dpt makan sebab bekalan makanan tak cukup. Harap2 makin pulih.

Tapi info yg kami dpt Magrib tadi, gelombang kedua akan bermula malam ni. Dalam berita Perdana, mereka tak bagitahu hal ni sebab takut orang panic. Gelombang kedua maknanya banjir akan naik sekali lagi. Dalam berita just bgtau amaran hujan peringkat Jingga.

JPA tak menang tgn. Elektrik di sesetengah tempat dah ada tp kebanyakannay tak ada lagi. Sesiapa yg masih ada duit di tgn, keluar sendiri beli makanan. Kebanyakn kedai buka sekejap je utk org beli apa yg patut.

Sedi tgk keadaan ni, sayu hati.... Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat ptg td, makan nasi kawah lauk ikan masin jer.

Buat masa ini, askar dgn bomba supply blanket tp tak cukup. Kawasan aku banyak dibantu oleh askar.

Baru dapat berita sat ni tadi... kebanyakna lori yg bawa telur & roti ditahan di kawasan Maran & ditawarkan harga dua kali ganda dr harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal. Budak2 duk menangis je kelaparan.

Area Sg Isap, Jln Gambang, Permatang Badak & Chendering tempat paling teruk. Kemusnahan harta tertinggi setakat ini. Bekalan makanan masih belum sampai. Doakan kami semua selamat.

Terkini ada berita, ular masuk ke tempat pemindahan mangsa banjir. Tapi tak pasti di Pusat yg mana satu.

Banjir besar yg teruk, kemusnahan harta benda besar2an, haiwan ternakan mati bergelimpangan....


‪#‎Kompilasi‬ update dari salah seorang sukarelawan di Kuantan.

Mohon doakan saudara2 kita di Kuantan.
 
 Ular yang masuk ke salah sebuah pusat pemindahan banjir

 Rayuan mengharapkan bantuan

 Senario bandar Kuantan

 Pusat pemindahan banjir yang juga dilanda banjir

SYABAS ATM

ATM Gerakkan Op Murni Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Johor & Terengganu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

"Sehingga hari ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

"Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," kata kementerian dalam kenyataan di sini, Rabu.

Justeru itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Operasi menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu melibatkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab tiga divisyen.

Di Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang, trup yang terlibat ialah 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor Diraja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota Lain-lain Pangkat (LLP)serta dua pegawai dan 33 LLP dari trup Gerup Gerak Khas (GGK).

Aset yang terlibat ialah 16 bot, 16 kenderaan 3 tan, empat Land Rover serta enam buah kenderaan TATRA 7 tan. Di Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing di Johor, satu trup Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP manakala aset terlibat ialah dua bot, dua kenderaan 3 tan serta dua buah kenderaan TATRA 7 tan.

Sebanyak dua kenderaan TATRA 7 tan turut ditempatkan di Terengganu.

Pangkalan Udara Kuantan pula dipertanggungjawab membantu Majlis Keselamatan Negara memantau tujuh pusat pemindahan banjir termasuk di Balai Raya Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar.

Aset Tentera Udara Diraja Malaysia melibatkan sebuah pesawat Nuri dari Skuadron Search and Rescue (SAR) pula diarah membuat penerbangan menyelamat di kawasan Paya Besar dan menyelamatkan empat mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir di SMK Paya Besar.

Menurut kenyataan itu, ATM sentiasa memantau perkembangan banjir di Pahang dan Johor selain menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk banjir dan semua trup berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.

p/s : bantuan boleh disalurkan kepada wakil pihak NISA
Puan Naimah Abu Kasim (019-9860204)
akaun maybank : 152068801849

@

YB Kak Lah (019-9823942)
Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang
akaun maybank : 553065005848

@
 
Maybank 1622 5475 0178
FARIHAH ABU KASIM
sms/whatsapp 0192282147
email : surijunior@yahoo.com

Rakan2 yang tidak mahu identiti diketahui, anda boleh bank in sahaja, akaun tersebut telah dikosongkan. Semua duit dalam akaun ini adalah untuk bantuan banjir

Jom semua. Setakat terdaya, kita ringankan beban mereka 




SHARE IS CARE







No comments:

Post a Comment

 

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.