Social Icons

SMILE... It irritates the ones who want to destroy you!!!........

Featured Posts

Wednesday 19 November 2014

♥ PERMATA HATIKU! ♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Lama betul x update blog ni... aiseh...

Hmm... Hari ni Majlis Khatam Quran & Penyampaian Hadiah Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Telok Berembang tahun 2014.

Puteri saya Siti Nur Syafiqah Fakhzan berjaya mendapat tempat ketiga bg keseluruhan darjah 4.. Tahniah sayang! ♥♥♥

Putera saya Muhammad Syafiq Aiman Fakhzan pula telah mendapat hadiah saguhati kerana mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita... Keseluruhan tahun 3 beliau berjaya mendapat tempat ke 6.. Alhamdulillah... Tahun depan cuba lagi ye sayang! ♥♥♥

Psssttt...

Sesape nak order shaklee boleh contact saya ye...
Macam2 adooooooo.... :D



Saturday 15 February 2014

FAKTA NUTRISI DALAM VITA-LEA


VITAMIN A
 Kesihatan mata, kulit, antioksida, melawan kanser, cegah rabun malam,bantu tumbesaran, menguatkan kerangka tulang, gigi, sistem respiratori, sistem imunisasi dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

VITAMIN D
Menguatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis

VITAMIN E
Antioksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan perjalanan darah, mencegah darah beku, cegah sakit jantung, cegah kataraks dan atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

VITAMIN C 
Antioksida, melawan kanser, meransang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah. 

ASID FOLIK
Kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, meningkatkan kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan meningkatkan kesihatan kulit.

VITAMIN B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut / darat, mengurangkan petanda herpes zoster 
 
VITAMIN B2
Tukarkan makanan kepada tenaga, mengelakkan penyakit anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta mengurangkan kekejangan.
 
VITAMIN B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat pening kepala, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau serta baik untuk perut dan juga usus.

VITAMIN B5
Meredakan tekanan, melawan alahan, mengurangkan sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepatkan proses penyembuhan luka.

VITAMIN B6
metabolisma protein, memperbaiki otot, mengurangkan senggugut, mengelakkan muntah-muntah, mengurangkan kekeringan bibir, glostisisdermatitis, kekejangan serta kebas.

VITAMIN B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, ransang selera makan, meningkatkan tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, meningkatkan kekuatan memori, membantu lebih fokus, meningkatkan keupayaan seksual, mengurangkan keletihan,keresahan, rabun dan penyakit diabetis.

BIOTIN
Membantu  B-Compleks berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban atau gugur, baik untuk pesakit diabetis, ekzema dan radang kulit.

KALSIUM
Menguatkan tulang dan gigi, elak darah beku dan penyakit insomnia, mengurangkan kebas dan kekejangan, bantu mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis.

FOSFORUS
Meningkatkan kepadatan tulang, bantu mengurangkan penyakit diabetis dan batu karang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis dan anoreksia.

IODIN
Baik untuk pesakit tiroid, bantu tumbesaran janin, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen / otot dan kesinambungan antara tisu badan, kekuatan fizikal dan mengawal berat badan.

ZAT BESI
Membentuk hemoglobin, meredakan sakit akibat senggugut (PMS), membantu tumbesaran dan antibodi melawan penyakit, mengelakkan keletihan.

MAGNESIUM
Baik untuk kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, meningkatkan sifat penenang secara semulajadi, mencegah tekanan, mengurangkan masalah penghadaman.

COPPER
Menbantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, meningkatkan kesihatan rambut, mencegahkan penyakit berkaitan tulang, mengurangkan masalah pembengkakan.

ZINK
Menguatkan sistem imunisasi, mempercepatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksual bagi lelaki, mencegah masalah prostat, memperbaiki deria rasa dan bau, meningkatkan ketajaman minda.


Terima kasih kerana sudi membaca :)

ROKIAH HUSSIN
FB : https://www.facebook.com/kusujud.padamu
SHAKLEE ID : 907173
CALL / SMS : 019-6897780
WHATSAPP : 0178677497
    


VITA LEA - MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA!


Multivitamin pertama dicipta pada tahun 1915


Wajah terkini dgn formula zat besi

PERBEZAAN SHAKLEE 

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Of course la perkataan vitamin yang ada sekarang berasal dari SHAKLEE okey...

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (99 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai "Vita -Lea". Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yng diekstrak daripada sayuran dan buah (sesuai sangat pada yang tak makan sayur ye..), 12 vitamin san 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara KOMPREHENSIF dan SANGAT SEIMBANG.

Vita-Lea supplement facts


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina (mana nak dapat macam ni dah... terbaik..). Ia dihasilkan dengan kaedah TERKINI dan TEKNOLOGI EKSPLOSIF yang kompleks juga disebut sebagai "Explo-tab" menjadikan Vita-Lea tablet multi-vitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia di dunia! Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Keratan majalah kesihatan

MANFAAT UTAMA
  • Penambah Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu memori dan fokus dalam aspek pemvelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan (awet muda)
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




Saya akan kongsikan Fakta Nutrisi Dalam Vita-Lea dalam post seterusnya.. Nantikan.... :)

Terima kasih kerana sudi membaca :)

ROKIAH HUSSIN
FB : https://www.facebook.com/kusujud.padamu
SHAKLEE ID : 907173
CALL / SMS : 019-6897780
WHATSAPP : 0178677497


Saturday 11 January 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1435H / 2014

Tema Maulidur Rasul 1435H : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
assalamualaikum..

entri kali ini khas untuk sambutan Maulidur Rasul yang akan jatuhnya pada hari selasa.. atau lebih tepat lagi selepas mahgrib pada hari esok ye.. :)

seperti yang kita tahu.. saban tahun kita menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.. tanpa kita sedari, ramai di kalangan kita hanya menyedarinya kerana "CUTI UMUM" yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.. agak2 kalau tak diberi cuti kita ingat tak ye? hmm.. tepuk dada tanya iman....


 kalau tahun2 sebelum ni kita tak mengambil tahu tentang sejarah nabi kita nabi Muhammad SAW.. apa kata tahun ini kita cuba mengambil tahu walaupun sedikit? di samping itu kita serikan lagi bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu bulan Rabi'ul awal ini dengan membasahkan bibir kita setiap waktu terluang dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Jom berselawat!
selain itu.. kita juga boleh membaca sejarah Rasulullah SAW.. banyak buku2 yang diterbitkan untuk kita mengetahui dan mencontohi akhlak dan peribadi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. mari kita amalkan sunnah Rasulullah SAW mulai dari sekarang okey.. jangan tunggu lagi! better late than never!

okey.. sekarang.. mari kita lihat salasilah Nabi Muhammad SAW... ramai yang tidak ambil peduli dengan salasilah ini tetapi sibuk dengan salasilah yang lain kan?

sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini.. saya dengan rendah hati akan memberi DISKAUN kepada pelanggan yang membeli SHAKLEE dari saya bermula dari pukul 7 malam Isnin (13/1/2014) sehingga pukul 7 malam (14/1/2014). Feel free to PM saya melalui FB, msg melalui WHATSAPP 017-8677497. harap maklum :)




Wednesday 4 December 2013

MARI BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI KUANTAN & NEGERI2 LAIN YANG DILANDA BANJIR


Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi peluang sehari lagi utk bernafas.. dengan selesa.. 
Tidak seperti saudara2 kita di Kuantan.. sedih bila dapat tahu hampir 20 keluarga tidur dalam keadaan lapar malam tadi di kala kita semua sedang nyenyak tidur.. 
Mangsa bencana di luar negara, Malaysialah yang pertama sampai menghulurkan bantuan..
tetapi kenapa itu tidak berlaku di negara sendiri.. sedih.. berita pn hanya mengeluarkan sedikit sahaja berita tentang banjir yang melanda.. sedangkan mereka bertarung nyawa di luar sana..
mudah2an Allah permudahkan segala urusan mereka di sana.. ameen..

BERIKUT ADALAH KOMPILASI LAPORAN DARI SUKARELAWAN YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN

Bekalan makanan terputus di Kuantan. Kasihan melihat kanak2 kelaparan. Baby xcukup makanan. Warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan tak menang tangan. Tempat penempatan mangsa banjir pun dinaiki air.

Tiada alternative selain terpaksa bertahan dalam air. Kasihan pd baby & warga emas lah...

Suasana gelap & sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pun kurang. Kami yg jd sukarelawan ni, petang tadi baru dpt makan sebab bekalan makanan tak cukup. Harap2 makin pulih.

Tapi info yg kami dpt Magrib tadi, gelombang kedua akan bermula malam ni. Dalam berita Perdana, mereka tak bagitahu hal ni sebab takut orang panic. Gelombang kedua maknanya banjir akan naik sekali lagi. Dalam berita just bgtau amaran hujan peringkat Jingga.

JPA tak menang tgn. Elektrik di sesetengah tempat dah ada tp kebanyakannay tak ada lagi. Sesiapa yg masih ada duit di tgn, keluar sendiri beli makanan. Kebanyakn kedai buka sekejap je utk org beli apa yg patut.

Sedi tgk keadaan ni, sayu hati.... Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat ptg td, makan nasi kawah lauk ikan masin jer.

Buat masa ini, askar dgn bomba supply blanket tp tak cukup. Kawasan aku banyak dibantu oleh askar.

Baru dapat berita sat ni tadi... kebanyakna lori yg bawa telur & roti ditahan di kawasan Maran & ditawarkan harga dua kali ganda dr harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal. Budak2 duk menangis je kelaparan.

Area Sg Isap, Jln Gambang, Permatang Badak & Chendering tempat paling teruk. Kemusnahan harta tertinggi setakat ini. Bekalan makanan masih belum sampai. Doakan kami semua selamat.

Terkini ada berita, ular masuk ke tempat pemindahan mangsa banjir. Tapi tak pasti di Pusat yg mana satu.

Banjir besar yg teruk, kemusnahan harta benda besar2an, haiwan ternakan mati bergelimpangan....


‪#‎Kompilasi‬ update dari salah seorang sukarelawan di Kuantan.

Mohon doakan saudara2 kita di Kuantan.
 
 Ular yang masuk ke salah sebuah pusat pemindahan banjir

 Rayuan mengharapkan bantuan

 Senario bandar Kuantan

 Pusat pemindahan banjir yang juga dilanda banjir

SYABAS ATM

ATM Gerakkan Op Murni Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Johor & Terengganu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

"Sehingga hari ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

"Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," kata kementerian dalam kenyataan di sini, Rabu.

Justeru itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Operasi menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu melibatkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab tiga divisyen.

Di Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang, trup yang terlibat ialah 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor Diraja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota Lain-lain Pangkat (LLP)serta dua pegawai dan 33 LLP dari trup Gerup Gerak Khas (GGK).

Aset yang terlibat ialah 16 bot, 16 kenderaan 3 tan, empat Land Rover serta enam buah kenderaan TATRA 7 tan. Di Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing di Johor, satu trup Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP manakala aset terlibat ialah dua bot, dua kenderaan 3 tan serta dua buah kenderaan TATRA 7 tan.

Sebanyak dua kenderaan TATRA 7 tan turut ditempatkan di Terengganu.

Pangkalan Udara Kuantan pula dipertanggungjawab membantu Majlis Keselamatan Negara memantau tujuh pusat pemindahan banjir termasuk di Balai Raya Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar.

Aset Tentera Udara Diraja Malaysia melibatkan sebuah pesawat Nuri dari Skuadron Search and Rescue (SAR) pula diarah membuat penerbangan menyelamat di kawasan Paya Besar dan menyelamatkan empat mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir di SMK Paya Besar.

Menurut kenyataan itu, ATM sentiasa memantau perkembangan banjir di Pahang dan Johor selain menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk banjir dan semua trup berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.

p/s : bantuan boleh disalurkan kepada wakil pihak NISA
Puan Naimah Abu Kasim (019-9860204)
akaun maybank : 152068801849

@

YB Kak Lah (019-9823942)
Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang
akaun maybank : 553065005848

@
 
Maybank 1622 5475 0178
FARIHAH ABU KASIM
sms/whatsapp 0192282147
email : surijunior@yahoo.com

Rakan2 yang tidak mahu identiti diketahui, anda boleh bank in sahaja, akaun tersebut telah dikosongkan. Semua duit dalam akaun ini adalah untuk bantuan banjir

Jom semua. Setakat terdaya, kita ringankan beban mereka 




SHARE IS CARE







IMPIANKU 2 TAHUN LAGI :)

Assalamualaikum..
Bertemu lagi di entri seterusnya..

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya masih boleh bernafas di bumi bertuah ini.. bumi Malaysia.. syukur sangat2..
maklumlah.. sejak kebelakangan ini macam2 tragedi yang melanda bumi bertuah ini.. pembunuhan 3 beradik yang amat memilukan yang berlaku di Kedah.. Banjir besar berlaku sehingga bandar Kuantan lumpuh.. tu belum lagi dikira banjir di Terengganu, Johor dan beberapa kawasan yang lain..
Mari kita sama2 panjatkan doa buat sahabat2 kita di sana.. 

Dari kiri : Saya, PM Cery & adik ipar saya

okeylah.. back to topic.. IMPIANKU 2 TAHUN LAGI..
Nak tahu apa impian saya 2 tahun lagi? ye.. seperti yang telah diketahui saya ni adalah pengedar sah shaklee yang bernaung di bawah keluarga besar JUTAWAN.. group yang diterajui oleh Presidental Master Shareeza @ Cery Mamafaiz.. boleh rujuk page beliau di sini Magika Cery si Kelip-Kelip (MCsKK).. idola saya dalam shaklee.. in shaa Allah.. group yang komited untuk bekalan dunia & akhirat..

         Suasana di dalam ballroom
 
 Master Ruziah & suami bersama CEO Shaklee Victor

Misi saya adalah menempuh segala cabaran dalam shaklee sehingga saya berjaya menawan 7 gunung.. x kira la nak panggil gunung ape kan.. yang pasti dalam masa 2 tahun akan ku pastikan ianya menjadi kenyataan! in shaa Allah..

ni nak cerita sket pengalaman saya hadir Master Celebration Ruziah Amin yang diadakan di Philea Resort & Spa, Melaka.. majlis yang memang sangat2 penuh dgn aura yang positif.. membuatkan siapa sahaja yang datang merasa teruja dgn kegemilangannya.. mana taknya.. shaklee sponser beb.. RM50 ribu khas utk buat majlis tu.. (kenduri kawin pon x glamor mcm tu tau.. hihi)

Suasana ketika menjamu selera

Perkongsian Master Ruziah Amin yang saya rasa sangat2 bermanfaat.. beliau adalah seorang guru yang telah mengajar selama 8 tahun.. sebelum ni beliau seorang jurutera.. berhenti kerana mementingkan keluarga.. menjadi seorang guru dengan harapan dapat menjaga rumahtangga serta 2 orang anak2 yang sakit.. salah seorangnya kanser.. tp rupa2nya kerjaya guru juga menuntut masa beliau (guru sekarang mmg sibuk okey..hehe.. saya tahu la sbb saya pon guru).. menyebabkan beliau mencari alternatif lain.. iaitu join shaklee..alhamdulillah selepas 22 bulan beliau bergelar Master Coordinator bergaji lebih kurang RM30 ribu sebulan.. bukan setahun ye.. sebulan..
                                                Bersama Master Iffah Annuar (The Magic Mentor)
Bersama Master Farihah (kiri) dan PM Master Cery (kanan)

Saya tanya diri saya.. Dia pon guru.. Saya pon sama.. 
Beliau ade 5 orang anak.. Saya baru 2 orang..
Jadi.. Saya bertekad mahu lupakan segala alasan dan kekangan yang selama ini menghalang saya dr terus menyinar dalam shaklee. Bak kata mak shaklee saya merangkap adik saya Anisah Hussin "KELUAR DARI SELIMUT BALDU"! I will! Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya ini & permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat.. in shaa Allah.. ameen.. ameen...

Sekian.. jumpa lagi di entri akan datang.. terima kasih kerana membaca. Wassalam..





Friday 29 November 2013

MISI MEMENUHKAN “TEMPAYAN EMAS”





Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya masih bernafas sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Saya masih mempunyai pekerjaan berbanding orang2 yang masih lagi tercari-cari pekerjaan di luar sana.. Alhamdulillah.. Walaupun saya seorang ibu tunggal tetapi saya mempunyai seorang putera dan seorang puteri yang sangat comel bagi menyinari hidup saya… pendek kata Alhamdulillah dengan segala yang telah, sedang dan bakal dikurniakan kepada saya sepanjang kehidupan ini..

Kenapa saya memilih tajuk di atas untuk entri kali ini? Okey.. Macam ni lah.. Kita mesti pernah dengar “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri ingin mengubahnya”? Acap kali kita diingatkan tentang perkara ini tetapi kadang-kadang kita memandang sepi.. Seperti angin yang berlalu.. Berpapasan tanpa kelihatan.. Ada ketikanya ia berlalunya tanpa kita sedari.. Bukankah begitu? Manusia memang mudah lupa.. bukan Melayu je mudah lupa ye.. 

Apa pelajaran yang kita dapat daripada kata-kata di atas? Bagi saya ianya bermaksud Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya. Mengubah dengan tangan kita sendiri. Usaha!!! Adakah usaha kita selama ini sudah cukup baik?? Tidak kiralah menuju kebahagiaan dunia mahupun kebahagiaan di akhirat. Tepuk dada Tanya iman…



TEMPAYAN EMAS yang dimaksudkan adalah kualiti kehidupan kita dunia & akhirat. Di mana saya bertemu dengan semua ini? Alhamdulillah.. Saya diketemukan dengan mentor-mentor yang hebat dan sangat hebat!! Kenapa saya kata mereka hebat??  Kerana mereka bukan sahaja mengejar kebahagiaan di dunia, tetapi juga mencari keredhaan Allah di akhirat.

Saya tak nafikan syurga dan neraka adalah milik Allah dan kita tidak tahu apa yang bakal Allah kurniakan kepada kita. Tetapi Allah telah menjanjikan.. sesiapa yang berdoa, berusaha, berdoa dan kemudian bertawakkal kepada Allah pasti akan dibantu. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang… in shaa Allah…

Di samping itu kita juga perlu muhasabah diri.. bak kata pepatah Melayu..

“JANGAN LUPA RUMPUT YANG DIPIJAK DI BUMI WALAU SATU KETIKA KITA TELAH BERADA DI KEMUNCAK AWAN”

“ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA”

Saya pegang dua kata2 di atas.. in shaa Allah.. selagi hayat dikandung badan.. jumpa lagi di entri seterusnya ;)




 

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.