Social Icons

SMILE... It irritates the ones who want to destroy you!!!........

Wednesday 4 December 2013

IMPIANKU 2 TAHUN LAGI :)

Assalamualaikum..
Bertemu lagi di entri seterusnya..

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya masih boleh bernafas di bumi bertuah ini.. bumi Malaysia.. syukur sangat2..
maklumlah.. sejak kebelakangan ini macam2 tragedi yang melanda bumi bertuah ini.. pembunuhan 3 beradik yang amat memilukan yang berlaku di Kedah.. Banjir besar berlaku sehingga bandar Kuantan lumpuh.. tu belum lagi dikira banjir di Terengganu, Johor dan beberapa kawasan yang lain..
Mari kita sama2 panjatkan doa buat sahabat2 kita di sana.. 

Dari kiri : Saya, PM Cery & adik ipar saya

okeylah.. back to topic.. IMPIANKU 2 TAHUN LAGI..
Nak tahu apa impian saya 2 tahun lagi? ye.. seperti yang telah diketahui saya ni adalah pengedar sah shaklee yang bernaung di bawah keluarga besar JUTAWAN.. group yang diterajui oleh Presidental Master Shareeza @ Cery Mamafaiz.. boleh rujuk page beliau di sini Magika Cery si Kelip-Kelip (MCsKK).. idola saya dalam shaklee.. in shaa Allah.. group yang komited untuk bekalan dunia & akhirat..

         Suasana di dalam ballroom
 
 Master Ruziah & suami bersama CEO Shaklee Victor

Misi saya adalah menempuh segala cabaran dalam shaklee sehingga saya berjaya menawan 7 gunung.. x kira la nak panggil gunung ape kan.. yang pasti dalam masa 2 tahun akan ku pastikan ianya menjadi kenyataan! in shaa Allah..

ni nak cerita sket pengalaman saya hadir Master Celebration Ruziah Amin yang diadakan di Philea Resort & Spa, Melaka.. majlis yang memang sangat2 penuh dgn aura yang positif.. membuatkan siapa sahaja yang datang merasa teruja dgn kegemilangannya.. mana taknya.. shaklee sponser beb.. RM50 ribu khas utk buat majlis tu.. (kenduri kawin pon x glamor mcm tu tau.. hihi)

Suasana ketika menjamu selera

Perkongsian Master Ruziah Amin yang saya rasa sangat2 bermanfaat.. beliau adalah seorang guru yang telah mengajar selama 8 tahun.. sebelum ni beliau seorang jurutera.. berhenti kerana mementingkan keluarga.. menjadi seorang guru dengan harapan dapat menjaga rumahtangga serta 2 orang anak2 yang sakit.. salah seorangnya kanser.. tp rupa2nya kerjaya guru juga menuntut masa beliau (guru sekarang mmg sibuk okey..hehe.. saya tahu la sbb saya pon guru).. menyebabkan beliau mencari alternatif lain.. iaitu join shaklee..alhamdulillah selepas 22 bulan beliau bergelar Master Coordinator bergaji lebih kurang RM30 ribu sebulan.. bukan setahun ye.. sebulan..
                                                Bersama Master Iffah Annuar (The Magic Mentor)
Bersama Master Farihah (kiri) dan PM Master Cery (kanan)

Saya tanya diri saya.. Dia pon guru.. Saya pon sama.. 
Beliau ade 5 orang anak.. Saya baru 2 orang..
Jadi.. Saya bertekad mahu lupakan segala alasan dan kekangan yang selama ini menghalang saya dr terus menyinar dalam shaklee. Bak kata mak shaklee saya merangkap adik saya Anisah Hussin "KELUAR DARI SELIMUT BALDU"! I will! Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya ini & permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat.. in shaa Allah.. ameen.. ameen...

Sekian.. jumpa lagi di entri akan datang.. terima kasih kerana membaca. Wassalam..





No comments:

Post a Comment

 

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.