Social Icons

SMILE... It irritates the ones who want to destroy you!!!........

Wednesday 4 December 2013

MARI BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI KUANTAN & NEGERI2 LAIN YANG DILANDA BANJIR


Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi peluang sehari lagi utk bernafas.. dengan selesa.. 
Tidak seperti saudara2 kita di Kuantan.. sedih bila dapat tahu hampir 20 keluarga tidur dalam keadaan lapar malam tadi di kala kita semua sedang nyenyak tidur.. 
Mangsa bencana di luar negara, Malaysialah yang pertama sampai menghulurkan bantuan..
tetapi kenapa itu tidak berlaku di negara sendiri.. sedih.. berita pn hanya mengeluarkan sedikit sahaja berita tentang banjir yang melanda.. sedangkan mereka bertarung nyawa di luar sana..
mudah2an Allah permudahkan segala urusan mereka di sana.. ameen..

BERIKUT ADALAH KOMPILASI LAPORAN DARI SUKARELAWAN YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN

Bekalan makanan terputus di Kuantan. Kasihan melihat kanak2 kelaparan. Baby xcukup makanan. Warga emas sakit kesejukan. Sukarelawan tak menang tangan. Tempat penempatan mangsa banjir pun dinaiki air.

Tiada alternative selain terpaksa bertahan dalam air. Kasihan pd baby & warga emas lah...

Suasana gelap & sejuk sgt mlm ni. Bekalan air bersih pun kurang. Kami yg jd sukarelawan ni, petang tadi baru dpt makan sebab bekalan makanan tak cukup. Harap2 makin pulih.

Tapi info yg kami dpt Magrib tadi, gelombang kedua akan bermula malam ni. Dalam berita Perdana, mereka tak bagitahu hal ni sebab takut orang panic. Gelombang kedua maknanya banjir akan naik sekali lagi. Dalam berita just bgtau amaran hujan peringkat Jingga.

JPA tak menang tgn. Elektrik di sesetengah tempat dah ada tp kebanyakannay tak ada lagi. Sesiapa yg masih ada duit di tgn, keluar sendiri beli makanan. Kebanyakn kedai buka sekejap je utk org beli apa yg patut.

Sedi tgk keadaan ni, sayu hati.... Seharian kami tunggu bantuan tapi sampai sekarang belum ada lagi. Setakat ptg td, makan nasi kawah lauk ikan masin jer.

Buat masa ini, askar dgn bomba supply blanket tp tak cukup. Kawasan aku banyak dibantu oleh askar.

Baru dapat berita sat ni tadi... kebanyakna lori yg bawa telur & roti ditahan di kawasan Maran & ditawarkan harga dua kali ganda dr harga barang2 tersebut. Bekalan makanan mmg kritikal. Budak2 duk menangis je kelaparan.

Area Sg Isap, Jln Gambang, Permatang Badak & Chendering tempat paling teruk. Kemusnahan harta tertinggi setakat ini. Bekalan makanan masih belum sampai. Doakan kami semua selamat.

Terkini ada berita, ular masuk ke tempat pemindahan mangsa banjir. Tapi tak pasti di Pusat yg mana satu.

Banjir besar yg teruk, kemusnahan harta benda besar2an, haiwan ternakan mati bergelimpangan....


‪#‎Kompilasi‬ update dari salah seorang sukarelawan di Kuantan.

Mohon doakan saudara2 kita di Kuantan.
 
 Ular yang masuk ke salah sebuah pusat pemindahan banjir

 Rayuan mengharapkan bantuan

 Senario bandar Kuantan

 Pusat pemindahan banjir yang juga dilanda banjir

SYABAS ATM

ATM Gerakkan Op Murni Bantu Mangsa Banjir Di Pahang, Johor & Terengganu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Op Murni untuk memberikan bantuan menyelamat kepada mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu.

"Sehingga hari ini, mangsa dianggarkan seramai 20,378 orang di 164 pusat pemindahan.

"Kementerian Pertahanan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," kata kementerian dalam kenyataan di sini, Rabu.

Justeru itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa banjir dan sentiasa mendengar nasihat pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Operasi menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu melibatkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab tiga divisyen.

Di Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang, trup yang terlibat ialah 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor Diraja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota Lain-lain Pangkat (LLP)serta dua pegawai dan 33 LLP dari trup Gerup Gerak Khas (GGK).

Aset yang terlibat ialah 16 bot, 16 kenderaan 3 tan, empat Land Rover serta enam buah kenderaan TATRA 7 tan. Di Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing di Johor, satu trup Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP manakala aset terlibat ialah dua bot, dua kenderaan 3 tan serta dua buah kenderaan TATRA 7 tan.

Sebanyak dua kenderaan TATRA 7 tan turut ditempatkan di Terengganu.

Pangkalan Udara Kuantan pula dipertanggungjawab membantu Majlis Keselamatan Negara memantau tujuh pusat pemindahan banjir termasuk di Balai Raya Sungai Soi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar.

Aset Tentera Udara Diraja Malaysia melibatkan sebuah pesawat Nuri dari Skuadron Search and Rescue (SAR) pula diarah membuat penerbangan menyelamat di kawasan Paya Besar dan menyelamatkan empat mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir di SMK Paya Besar.

Menurut kenyataan itu, ATM sentiasa memantau perkembangan banjir di Pahang dan Johor selain menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan lojistik untuk banjir dan semua trup berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.

p/s : bantuan boleh disalurkan kepada wakil pihak NISA
Puan Naimah Abu Kasim (019-9860204)
akaun maybank : 152068801849

@

YB Kak Lah (019-9823942)
Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang
akaun maybank : 553065005848

@
 
Maybank 1622 5475 0178
FARIHAH ABU KASIM
sms/whatsapp 0192282147
email : surijunior@yahoo.com

Rakan2 yang tidak mahu identiti diketahui, anda boleh bank in sahaja, akaun tersebut telah dikosongkan. Semua duit dalam akaun ini adalah untuk bantuan banjir

Jom semua. Setakat terdaya, kita ringankan beban mereka 




SHARE IS CARE







IMPIANKU 2 TAHUN LAGI :)

Assalamualaikum..
Bertemu lagi di entri seterusnya..

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya masih boleh bernafas di bumi bertuah ini.. bumi Malaysia.. syukur sangat2..
maklumlah.. sejak kebelakangan ini macam2 tragedi yang melanda bumi bertuah ini.. pembunuhan 3 beradik yang amat memilukan yang berlaku di Kedah.. Banjir besar berlaku sehingga bandar Kuantan lumpuh.. tu belum lagi dikira banjir di Terengganu, Johor dan beberapa kawasan yang lain..
Mari kita sama2 panjatkan doa buat sahabat2 kita di sana.. 

Dari kiri : Saya, PM Cery & adik ipar saya

okeylah.. back to topic.. IMPIANKU 2 TAHUN LAGI..
Nak tahu apa impian saya 2 tahun lagi? ye.. seperti yang telah diketahui saya ni adalah pengedar sah shaklee yang bernaung di bawah keluarga besar JUTAWAN.. group yang diterajui oleh Presidental Master Shareeza @ Cery Mamafaiz.. boleh rujuk page beliau di sini Magika Cery si Kelip-Kelip (MCsKK).. idola saya dalam shaklee.. in shaa Allah.. group yang komited untuk bekalan dunia & akhirat..

         Suasana di dalam ballroom
 
 Master Ruziah & suami bersama CEO Shaklee Victor

Misi saya adalah menempuh segala cabaran dalam shaklee sehingga saya berjaya menawan 7 gunung.. x kira la nak panggil gunung ape kan.. yang pasti dalam masa 2 tahun akan ku pastikan ianya menjadi kenyataan! in shaa Allah..

ni nak cerita sket pengalaman saya hadir Master Celebration Ruziah Amin yang diadakan di Philea Resort & Spa, Melaka.. majlis yang memang sangat2 penuh dgn aura yang positif.. membuatkan siapa sahaja yang datang merasa teruja dgn kegemilangannya.. mana taknya.. shaklee sponser beb.. RM50 ribu khas utk buat majlis tu.. (kenduri kawin pon x glamor mcm tu tau.. hihi)

Suasana ketika menjamu selera

Perkongsian Master Ruziah Amin yang saya rasa sangat2 bermanfaat.. beliau adalah seorang guru yang telah mengajar selama 8 tahun.. sebelum ni beliau seorang jurutera.. berhenti kerana mementingkan keluarga.. menjadi seorang guru dengan harapan dapat menjaga rumahtangga serta 2 orang anak2 yang sakit.. salah seorangnya kanser.. tp rupa2nya kerjaya guru juga menuntut masa beliau (guru sekarang mmg sibuk okey..hehe.. saya tahu la sbb saya pon guru).. menyebabkan beliau mencari alternatif lain.. iaitu join shaklee..alhamdulillah selepas 22 bulan beliau bergelar Master Coordinator bergaji lebih kurang RM30 ribu sebulan.. bukan setahun ye.. sebulan..
                                                Bersama Master Iffah Annuar (The Magic Mentor)
Bersama Master Farihah (kiri) dan PM Master Cery (kanan)

Saya tanya diri saya.. Dia pon guru.. Saya pon sama.. 
Beliau ade 5 orang anak.. Saya baru 2 orang..
Jadi.. Saya bertekad mahu lupakan segala alasan dan kekangan yang selama ini menghalang saya dr terus menyinar dalam shaklee. Bak kata mak shaklee saya merangkap adik saya Anisah Hussin "KELUAR DARI SELIMUT BALDU"! I will! Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya ini & permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat.. in shaa Allah.. ameen.. ameen...

Sekian.. jumpa lagi di entri akan datang.. terima kasih kerana membaca. Wassalam..





Friday 29 November 2013

MISI MEMENUHKAN “TEMPAYAN EMAS”





Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya masih bernafas sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Saya masih mempunyai pekerjaan berbanding orang2 yang masih lagi tercari-cari pekerjaan di luar sana.. Alhamdulillah.. Walaupun saya seorang ibu tunggal tetapi saya mempunyai seorang putera dan seorang puteri yang sangat comel bagi menyinari hidup saya… pendek kata Alhamdulillah dengan segala yang telah, sedang dan bakal dikurniakan kepada saya sepanjang kehidupan ini..

Kenapa saya memilih tajuk di atas untuk entri kali ini? Okey.. Macam ni lah.. Kita mesti pernah dengar “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri ingin mengubahnya”? Acap kali kita diingatkan tentang perkara ini tetapi kadang-kadang kita memandang sepi.. Seperti angin yang berlalu.. Berpapasan tanpa kelihatan.. Ada ketikanya ia berlalunya tanpa kita sedari.. Bukankah begitu? Manusia memang mudah lupa.. bukan Melayu je mudah lupa ye.. 

Apa pelajaran yang kita dapat daripada kata-kata di atas? Bagi saya ianya bermaksud Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya. Mengubah dengan tangan kita sendiri. Usaha!!! Adakah usaha kita selama ini sudah cukup baik?? Tidak kiralah menuju kebahagiaan dunia mahupun kebahagiaan di akhirat. Tepuk dada Tanya iman…



TEMPAYAN EMAS yang dimaksudkan adalah kualiti kehidupan kita dunia & akhirat. Di mana saya bertemu dengan semua ini? Alhamdulillah.. Saya diketemukan dengan mentor-mentor yang hebat dan sangat hebat!! Kenapa saya kata mereka hebat??  Kerana mereka bukan sahaja mengejar kebahagiaan di dunia, tetapi juga mencari keredhaan Allah di akhirat.

Saya tak nafikan syurga dan neraka adalah milik Allah dan kita tidak tahu apa yang bakal Allah kurniakan kepada kita. Tetapi Allah telah menjanjikan.. sesiapa yang berdoa, berusaha, berdoa dan kemudian bertawakkal kepada Allah pasti akan dibantu. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang… in shaa Allah…

Di samping itu kita juga perlu muhasabah diri.. bak kata pepatah Melayu..

“JANGAN LUPA RUMPUT YANG DIPIJAK DI BUMI WALAU SATU KETIKA KITA TELAH BERADA DI KEMUNCAK AWAN”

“ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA”

Saya pegang dua kata2 di atas.. in shaa Allah.. selagi hayat dikandung badan.. jumpa lagi di entri seterusnya ;)




Sunday 22 September 2013

ESP OH ESP!

Energizing Soy Protein (ESP) adalah Protein Bukan - GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya  isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam   mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Programme (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Ada apa dengan ESP Shaklee sehingga semua pelanggan mendambakannya?

Jika anda adalah seseorang yang amat mementingkan kecantikan, kesihatan dan ingin kekal bertenaga sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini...

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ ON DEMAND dalam Shaklee!! Mengapa, kenapa, bagaimana akan terjawab apabila anda membaca post ini sepenuhnya.


Bacalah dengan teliti berkenaan faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein ini. 

Apa itu ESP?

Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk susu ibu? 

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.

Berapa harga ESP?

Harga ESP bagi semenanjung ialah RM150 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM155. (untuk harga runtuh?? PM saya!) PM or SMS / Whatsapp me at 017-8677497

Berapa lama tahan harga satu canister ESP? 

Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.

Siapa yang tidak boleh ambil ESP? Siapa yg boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.. no more heavy breakfast.
3. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri..WOW!
dan lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yg berdiet, nk tambah tenaga…anda, sy, kamu dan dia yg sihat dan ingin kekal sihat..In shaa Allah.

Apa rasa ESP? 

ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak mnyukai rasa soya, ada pelbagai resepi lain ESP yg boleh dicuba...

Jika saya order hari ini, bila saya boleh terima?

In shaa Allah penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kpd kawasan.

Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke? 

Boleh mengambil kedua-duanya jika berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikkan lain lagi yang berbeza.

Apakah kebaikan lain ESP?
  • Membantu pembentukan sel baru.
  • Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
  • Bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

TAHUKAH ANDA? 

25% daripada BADAN dibina daripada PROTEIN. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot adalah berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya…

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada sel. Kemudian sel-sel akan membentuk tisu-tisu, seterusnya tisu-tisu akan membentuk organ dan organ-organ akan membentuk sistem. Disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan protein. Nak tahu kenapa? Sebabnya protein adalah makanan utama sel. SEL yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat…..
Sebab tu setiap hari, anda makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi. 

TAPI…TAHUKAH ANDA yang protein sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu yang tinggi. Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak protein yang tinggal? Anda tak tahukan? Apa kata anda ambil ESP sumber PROTEIN yang lebih berkualiti….Dan semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat….Dan yang paling penting, ESP Sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM…RAMAI YANG DAH RASA KEBAIKAN DAN BETAPA BESTNYA ESP SELEPAS AMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3-4 MINGGU. Mereka kata kulit makin licin, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak dan macam-macam lagi la...

Bagaimana nak order ESP?

Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera
PM or SMS/Whatsapp me at 017-8677497

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


SHARE IS CARE

Feel Free to ask


I am your Shaklee Independent Distributor

Puan Rokiah Hussin
0196897780



[♥] VIVIX : 4 MEKANISME UTAMA [♥]




Vivix memberi impak kepada tubuh melalui :

1. Melindungi dan membaiki DNA
2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3. Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
4. Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)

KAJIAN KLINIKAL TERKINI menunjukkan ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap SELLULAR.


Dengan itu, vivix boleh memberi manfaat untuk memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh.Antara fungsi terhebat VIVIX :

Anti oksida yang tinggi ~ melambatkan penuaan
Mengurangkan gejala arthiritis
Mengelakkan strok
Mencegah kanser
Menguatkan rambut dan mencantikkan kulit
Mengurangkan diabetes
Mengurangkan asthma
Membaiki penglihatan
Immune booster
Mengurangkan penyakit SLE
Anti bakteria
Membaiki DNA
Memerangi radikel bebas 


Banyakkan manfaatnya..apa lagi tunggu..dapatkan vivix anda sekarang.boleh juga hadiahkan kat mak, ayah, suami or mereka yang memerlukannya...


SHARE IS CARE
 
Feel free to ask 
 
I am your Shaklee Independent Distributor 
 
Puan Rokiah Hussin 
0196897780




 

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.