Social Icons

SMILE... It irritates the ones who want to destroy you!!!........

Friday 29 November 2013

MISI MEMENUHKAN “TEMPAYAN EMAS”





Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya masih bernafas sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah.. Saya masih mempunyai pekerjaan berbanding orang2 yang masih lagi tercari-cari pekerjaan di luar sana.. Alhamdulillah.. Walaupun saya seorang ibu tunggal tetapi saya mempunyai seorang putera dan seorang puteri yang sangat comel bagi menyinari hidup saya… pendek kata Alhamdulillah dengan segala yang telah, sedang dan bakal dikurniakan kepada saya sepanjang kehidupan ini..

Kenapa saya memilih tajuk di atas untuk entri kali ini? Okey.. Macam ni lah.. Kita mesti pernah dengar “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri ingin mengubahnya”? Acap kali kita diingatkan tentang perkara ini tetapi kadang-kadang kita memandang sepi.. Seperti angin yang berlalu.. Berpapasan tanpa kelihatan.. Ada ketikanya ia berlalunya tanpa kita sedari.. Bukankah begitu? Manusia memang mudah lupa.. bukan Melayu je mudah lupa ye.. 

Apa pelajaran yang kita dapat daripada kata-kata di atas? Bagi saya ianya bermaksud Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya. Mengubah dengan tangan kita sendiri. Usaha!!! Adakah usaha kita selama ini sudah cukup baik?? Tidak kiralah menuju kebahagiaan dunia mahupun kebahagiaan di akhirat. Tepuk dada Tanya iman…



TEMPAYAN EMAS yang dimaksudkan adalah kualiti kehidupan kita dunia & akhirat. Di mana saya bertemu dengan semua ini? Alhamdulillah.. Saya diketemukan dengan mentor-mentor yang hebat dan sangat hebat!! Kenapa saya kata mereka hebat??  Kerana mereka bukan sahaja mengejar kebahagiaan di dunia, tetapi juga mencari keredhaan Allah di akhirat.

Saya tak nafikan syurga dan neraka adalah milik Allah dan kita tidak tahu apa yang bakal Allah kurniakan kepada kita. Tetapi Allah telah menjanjikan.. sesiapa yang berdoa, berusaha, berdoa dan kemudian bertawakkal kepada Allah pasti akan dibantu. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang… in shaa Allah…

Di samping itu kita juga perlu muhasabah diri.. bak kata pepatah Melayu..

“JANGAN LUPA RUMPUT YANG DIPIJAK DI BUMI WALAU SATU KETIKA KITA TELAH BERADA DI KEMUNCAK AWAN”

“ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA”

Saya pegang dua kata2 di atas.. in shaa Allah.. selagi hayat dikandung badan.. jumpa lagi di entri seterusnya ;)




 

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.